Dia menangis kerana tidak tahu sampai bila dia harus begitu, menanti sesuatu yang dia sayangi akan dimiliki.
Dia menangis kerana kesayangannya telah menjadi milik orang lain.
Dia menangis kerana merasakan ketidakadilan berlaku pada dirinya.
Tabahnya dirimu wahai seorang wanita.
Pernah aku nasihat "jangan sayang sangat, nanti sakit sangat". Tapi kau degil, dan sekarang aku tahu kau sakit sangat.
Kenapa sakitkan hatimu, kenapa diseksa ?
Aku harap kau ikut kata hatimu dan aku sokong itu, bahawa kau akan pergi membawa diri. Pergilah, kau layak bahagia. Andai dia jodohmu, dia akan datang kembali, kamu akan bertemu semula dan mungkin ada kesudahan gembira tapi aku mohon tolong jangan terlalu berharap. Aku cuma berdoa agar kau redha,
"Cinta itu tak semestinya memiliki".
Mungkin bukan dia. Yakinlah perancangan Dia adalah jauh lebih indah daripada perancanganmu. Kita tak tahu.
😊
~kepada NAY~